Monday, 16 May 2011
hatiku terluka lagi
kasih dan sayang senang dilafazkan tapi untuk mencari kasih dan sayang betul-betul suci amat susah. hari ini aku kecewa lagi. aku kecewa dengan diri aku sendiri. tidak tahu mana silap dan salah aku selalu dimarahi di benci di hambur kata-kata kesat. apa dosa aku, apa salah aku dperlakukan sedemikian.jika hari ini aku terluka lagi hatiku sungguh sedih sekali..tidak pernah ku rasa sakit sekali hati kecilku diperlakukan begini oleh orang ku sayang..jahatkah aku ini, bodohkah aku ini...terima kasih atas segala kata-kata mu kepada ku, mudah-mudah Allah mendengar rintihan hambanya yang kerdil ini...
kata kata hatiku
tidak ada yang indah dalam hatiku kecuali yang ku ku sayang. aku bisa menangis bila hatiku tersentuh. sekeras manapun hati manusia akan menangis jika tersentuh naluri hati yang kecil. buat pembaca blogku hayatilah kata-kataku ini. hanya diri kita bisa mengubah apa pun dalam dunia ini. tidak ada kata-kata indah dapat dilafazkan dalam dunia kecuali lafaz cinta pada Ilahi.
Monday, 9 May 2011
ALIRAN REALISME
Seni Figuratif
Seni figuratif merupakan aliran seni realisme yang melukis atau mengukir subjek yang sebenar. Ia memaparkan badan manusia ataupun binatang. Seni figuratif melibatkan bentuk-bentuk abstrak misalnya ukiran antiquiti Greek yang tidak bersifat naturalistik tetapi melibatkan bentik idea geometrik yang berdasarkan skema imaginasi yang telah diketahui dan bukan dilihat.
Lukisan yang dihasilkan melalui seni figuratif ini berdasarkan atau berkisar kepada penghasilan garis-garisan, bentuk, warna, cahaya, kadar, tekstur dan perspektif.
Realisme
Realisme dalam kesenian dan kesusasteraan adalah gambaran tentang perkara-perkara sebagaimana ia kelihatan dalam kehidupan harian, tanpa sebarang bentuk hiasan atau tafsiran. Ia juga digunakan untuk menghuraikan karya-karya seni, mendedahkan kebenaran, dan menekankan sesuatu yang nampak hodoh atau buruk.
Realisme sering kali dirujuk sebagai pergerakan artistik yang bermula di Perancis dalam tahun 1850. Populariti realisme berkembang dengan pengenalan fotografi - satu teknik visual baru yang dicipta bagi memenuhi keinginan manusia untuk menonjolkan sesuatu yang bersifat real atau “objek sebenar”. Golongan Realis tidak sealiran dengan fahaman Romantisme, satu aliran yang sangat berpengaruh dalam kesusasteraan dan aktiviti seni Peranchis lewat abad ke-18 dan awal abad ke-19. Tidak cenderung dengan kepentingan peribadi, realisme percaya dengan ideologi realiti objektif dan mereka memberontak untuk menentang aliran emosi. Bagi fahaman ini, kebenaran dan ketepatan menjadi matlamat kebanyakan golongan Realisme.
Jika dilihat dari sejarah di awal kemunculannya, realisme juga merupakan salah satu gerakan seni yang bermula di Perancis pada sekitar 1580-an. Ia berkembang dan menjadi popular dan ikutan pengikut dan masyarakat tersebut akibat daripada seni fotografi diperkenalkan. Fotografi ini memenuhi konsep aliran kesenian yang diperjuangkan iaitu dapat merakam, menangkap dan mengeluarkan kembali gambarnya seperti yang sedia ada ataupun sebagaimana yang benar.
Sejarah
Realisme muncul dalam aliran seni pada awal 2400 S.M di sebuah bandar di Lothal yang kini dikenali sebagai India. Ia boleh dilihat dan dijumpai sepanjang sejarah seni. Realime dalam hasil seni akan mengambarkan setepat mungkin daripada pemerhatian yang rapi dan prihatin walaupun tidak sepenuhnya memenuhi syarat realime. Ini dapat dilihat seperti lukisan yang tertumpu kepada figuratif manusia seperti melukis daging dan darah.
Aliran ini seterusnya berkembang di Belanda. Kesenian Belanda telah menerima tempias akibat daripada perkembangan yang bagitu luas daripada aliran realisme ini. Seorang pelukis Belanda Rembrant telah menghasilkan lukisan yang mengambarkan suasana dan realiti yang berlaku di sekelilingnya.
Dalam abad ke-19 di Peracis, Barbizon School menekankan penerapan hasil seni daripada alam semulajadi dalam seni lanskap. Mereka sangat menekankan aliran realisme ini dalam hasil seni sehinggakan membawa kepada impresionalisme.
Selepasa Perang Dunia Pertama timbul usaha mengembalikan realime kepada era sebelum impresionalisme, ia dipanggil “Return to Order” atau dikenali juga sebagai ‘Neo-Realime’ atau “Modern Realime” yang dipelopori oleh Meredith Frampton, Charles Ginner, Harold Gilman dan Sekolah Euston Road. Di Perancis oleh AndrĂ© Derain.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulanya Seni Figuratif berasaskan kepada satu pemahaman yang tersirat daripada bentuk-bentuk. Ukiran manusia dan haiwan pada zaman Greek tidak menampakkan sesuatu yang natural, tetapi lahir daripada idea dan bentuk geometri. Ernst Gombrich merujuk sekatan-sekatan imej yang berajah itu merupakan ilusi atau bayangan imej yang terhasil daripada seni orang Mesir. Idea ini akhirnya membuka jalan kepada mereka melakukan pemerhatian, dan seni figuratif diseimbangkan dengan geometri dalam perkembangan realisme yang dapat dilihat pada ukiran klasik 480 S.M. Rakyat Greece mengatakan bahawa pergantungan dan pengamatan visual sebagai bentuk tiruan. Sehinggalah munculnya zaman Impressionists, seni figuratif diberi gambaran yang jelas sebagai langkah untuk mendamaikan percanggahan prinsip-prinsip yang terkandung dalam seni figuratif.

Monday, 2 May 2011
Karya Kanun Membina Tamadun Bangsa
Pendahuluan
Karya sastera berperanan dalam membentuk suatu pemikiran yang baik untuk membentuk umat yang berjaya. Karya-karya warisan tamadun Melayu yang kaya dengan budaya dan adab dapat mendidik insan dengan sempurna. Karya sastera bukan sahaja mengandungi kata-kata yang cantik dan menarik serta indah, tetapi juga mengandungi pemikiran berkenaan budaya dan tamadun bangsa. Menurut S. Othman Kelantan:
“TRADISI bersastera secara berencana bermula dari istana raja-raja Melayu. Karya sastera dari istana memancarkan keagungan peradaban dan tamadun bangsa Melayu.
Istana merupakan pusat tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu.Istana menggambarkan cita rasa bangsa Melayu melalui raja-rajanya yang adil dan para intelektual Melayu yang berkeupayaan tinggi menyokong pentadbiran dengan bijaksana.Sejak lebih 600 tahun yang lalu, sastera berencana berkembang memperlihatkan keagungan tamadun dan peradaban Melayu, seperti yang terkandung dalam Magnum Opus Melayu yang terkenal iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.Diikuti oleh pelbagai karya agung seperti Misa Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Pahang, Hikayat Johor, Hikayat Patani,Hikayat Aceh dan puluhan lagi.Tidak dinafikan, sebelum atau seiring dengan karya sastera istana, sudah ada karya sastera lisan yang berkembang di kalangan rakyat.Bentuk karya yang sangat nyata ialah cerita penglipur lara, yang juga memfokuskan kegemilangan istana seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Donan, Hikayat Indera Putera, Hikayat Si Miskin dan puluhan lagi, yang memperlihatkan keupayaan dan pemikiran para pengarangnya.”
Kanun bermula dengan membawa maksud yang cukup sederhana, iaitu “karya yang tegak atau lurus” Ungku Maimunah,2006,344) . Kanun merangkumi karya lama dan baru yang bermutu merangkumi segala khazanah yang tidak dapat dipisahkan oleh waktu atau unsur penzamanan. Karya kanun dapat ditakrifkan sebagai karya yang telah mencetuskan bentuk seni yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup yang kesannya kekal dalam ingatan bangsa Melayu sepanjang zaman. Karya-karya ini mengandungi dan memiliki idealisme , falsafah dan kandungan akal rasa yang tersangat jelas , yang boleh membawa pembaca atau khalayak atau masyarakatnya ke masa depan dengan segala kebijaksanaan. Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahangwangsa,dan Tuhfat al Nafis antara beberapa karya kanun yang sering mendapat perhatian sarjana-sarjana barat dan tempatan untuk dibuat kajian akan kekuatannya sebagai karya agung.
Karya agung mampu membentuk warisan budaya bangsa, karya yang berjaya mencetuskan falsafah dan nilai hidup yang tinggi, yang tahan zaman, yang menjadi acuan atau rujukan generasi kemudian(Hassan Ahmad, 1996,5).

Sunday, 1 May 2011
KELEBIHAN WANITA ????
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

pengenalan bicara
Bismillah pembuka bicara
lafaz diatur menyusun kata
andai bisa ku menyemai cinta
hanya padaNya ku bertahta
lafaz diatur menyusun kata
andai bisa ku menyemai cinta
hanya padaNya ku bertahta
Subscribe to:
Posts (Atom)