Seni Figuratif
Seni figuratif merupakan aliran seni realisme yang melukis atau mengukir subjek yang sebenar. Ia memaparkan badan manusia ataupun binatang. Seni figuratif melibatkan bentuk-bentuk abstrak misalnya ukiran antiquiti Greek yang tidak bersifat naturalistik tetapi melibatkan bentik idea geometrik yang berdasarkan skema imaginasi yang telah diketahui dan bukan dilihat.
Lukisan yang dihasilkan melalui seni figuratif ini berdasarkan atau berkisar kepada penghasilan garis-garisan, bentuk, warna, cahaya, kadar, tekstur dan perspektif.
Realisme
Realisme dalam kesenian dan kesusasteraan adalah gambaran tentang perkara-perkara sebagaimana ia kelihatan dalam kehidupan harian, tanpa sebarang bentuk hiasan atau tafsiran. Ia juga digunakan untuk menghuraikan karya-karya seni, mendedahkan kebenaran, dan menekankan sesuatu yang nampak hodoh atau buruk.
Realisme sering kali dirujuk sebagai pergerakan artistik yang bermula di Perancis dalam tahun 1850. Populariti realisme berkembang dengan pengenalan fotografi - satu teknik visual baru yang dicipta bagi memenuhi keinginan manusia untuk menonjolkan sesuatu yang bersifat real atau “objek sebenar”. Golongan Realis tidak sealiran dengan fahaman Romantisme, satu aliran yang sangat berpengaruh dalam kesusasteraan dan aktiviti seni Peranchis lewat abad ke-18 dan awal abad ke-19. Tidak cenderung dengan kepentingan peribadi, realisme percaya dengan ideologi realiti objektif dan mereka memberontak untuk menentang aliran emosi. Bagi fahaman ini, kebenaran dan ketepatan menjadi matlamat kebanyakan golongan Realisme.
Jika dilihat dari sejarah di awal kemunculannya, realisme juga merupakan salah satu gerakan seni yang bermula di Perancis pada sekitar 1580-an. Ia berkembang dan menjadi popular dan ikutan pengikut dan masyarakat tersebut akibat daripada seni fotografi diperkenalkan. Fotografi ini memenuhi konsep aliran kesenian yang diperjuangkan iaitu dapat merakam, menangkap dan mengeluarkan kembali gambarnya seperti yang sedia ada ataupun sebagaimana yang benar.
Sejarah
Realisme muncul dalam aliran seni pada awal 2400 S.M di sebuah bandar di Lothal yang kini dikenali sebagai India. Ia boleh dilihat dan dijumpai sepanjang sejarah seni. Realime dalam hasil seni akan mengambarkan setepat mungkin daripada pemerhatian yang rapi dan prihatin walaupun tidak sepenuhnya memenuhi syarat realime. Ini dapat dilihat seperti lukisan yang tertumpu kepada figuratif manusia seperti melukis daging dan darah.
Aliran ini seterusnya berkembang di Belanda. Kesenian Belanda telah menerima tempias akibat daripada perkembangan yang bagitu luas daripada aliran realisme ini. Seorang pelukis Belanda Rembrant telah menghasilkan lukisan yang mengambarkan suasana dan realiti yang berlaku di sekelilingnya.
Dalam abad ke-19 di Peracis, Barbizon School menekankan penerapan hasil seni daripada alam semulajadi dalam seni lanskap. Mereka sangat menekankan aliran realisme ini dalam hasil seni sehinggakan membawa kepada impresionalisme.
Selepasa Perang Dunia Pertama timbul usaha mengembalikan realime kepada era sebelum impresionalisme, ia dipanggil “Return to Order” atau dikenali juga sebagai ‘Neo-Realime’ atau “Modern Realime” yang dipelopori oleh Meredith Frampton, Charles Ginner, Harold Gilman dan Sekolah Euston Road. Di Perancis oleh André Derain.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulanya Seni Figuratif berasaskan kepada satu pemahaman yang tersirat daripada bentuk-bentuk. Ukiran manusia dan haiwan pada zaman Greek tidak menampakkan sesuatu yang natural, tetapi lahir daripada idea dan bentuk geometri. Ernst Gombrich merujuk sekatan-sekatan imej yang berajah itu merupakan ilusi atau bayangan imej yang terhasil daripada seni orang Mesir. Idea ini akhirnya membuka jalan kepada mereka melakukan pemerhatian, dan seni figuratif diseimbangkan dengan geometri dalam perkembangan realisme yang dapat dilihat pada ukiran klasik 480 S.M. Rakyat Greece mengatakan bahawa pergantungan dan pengamatan visual sebagai bentuk tiruan. Sehinggalah munculnya zaman Impressionists, seni figuratif diberi gambaran yang jelas sebagai langkah untuk mendamaikan percanggahan prinsip-prinsip yang terkandung dalam seni figuratif.
No comments:
Post a Comment